Pages

28 December, 2010

PIALA CEO MILIK KITA

Alhamdulillah, akhirnya setelah setahun Piala Pusingan KPE berada di tangan JAKIM, kita kembali merampas tahta  kejuaraan Kejohanan Piala KPE MAIWP dan Piala Pusingan KPE MAIWP. Kemenangan ini semakin manis dengan kejayaan bukan sahaja Team MAIWP C sebagai juara malahan kedudukan naib juara juga milik KBM bowlers yakni team MAIWP B dengan hanya berada 3 mata di belakang MAIWP C meninggalkan team penyandang sebelum ini iaitu Team dari JAKIM. Tak lupa juga kepada MAIWP A yang turut menampilkan aksi menarik semasa kejohanan dan berjaya berada di kedudukan ke -enam .
Kejohanan kali ini juga memperlihatkan penyertaan kali pertama JAWHAR selain daripada penyertaan daripada PPZ, IPB, Yayasan Taqwa dan JAKIM. 
Kepada semua agensi dan pemain yang terlibat, terima kasih diucapkan daripada kami Kelab Bowling MAIWP khasnya dan MAIWP amnya. Semoga di tahun-tahun akan datang, penyertaan akan makin bertambah dan persaingan akan semakin mantap dan sengit bagi merebut kejohanan boling anjuran KBM ini!!

1 comments:

Anonymous said...

Salam....

Senarai pemenang bagi peserta wanita ada tak..sekadar utk makluman sahaja.

Post a Comment