KBM yang ditubuhkan secara tidak rasminya pada Mei 2009 adalah bertitik tolak daripada Kejohanan Piala CEO MAIWP yang dianjurkan oleh MAIWP pada Mei 2009. Pada kejohanan yang julung kalinya diadakan di Metro Bowl, Plaza Metro Kajang itu berjaya menarik penyertaan dari pihak luar seperti dari JAKIM, JAWI, PUSRAWI, IPB, PPZ dan MAIWP sendiri menghantar pasukannya.
Pada kejohanan kali pertama ini, pasukan dari JAKIM telah berjaya menjadi johan keseluruhan. Jadi sehingga kini, piala pusingan ni masih ditangan JAKIM...so agak2 bila boleh kita ambil balik piala ni yer?
Kejohanan kedua yang disertai oleh MAIWP ialah kejohanan Kejohanan Bowling Agensi-Agensi Agama Zon Selatan yang diadakan pada bulan Ogos 2009. Seperti biasa, KBM telah menghantar pemainnya di sana dengan pembiayaan sendiri.
Alhamdulillah, walaupun kita di KBM ni bukanlah sehebat mana , tapi untuk kejohanan kali ini kita tidak pulang dengan tangan kosong. Tempat ke tiga kumpulan wanita telah dimenangi oleh Zaidatul dan Aisyah, tempat kelima Sutera Manis dan Rodiah manakala kumpulan lelaki juga tidak kurang apabila turut mendapat hamper bagi tempat ketujuh iaitu awi dan Hadri.
0 comments:
Post a Comment